Tuesday 5 April 2016

Temuduga kedua sebagai PTD M41

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi.

Dengan atas rezeki yang diberikan, aku sekali lagi diberi peluang untuk mengapai cita-citaku untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik. 

Dalam perjalanan hidup saya yang beronak duri, ada beberapa sebab kenapa saya memilih PTD sebagai kerjaya hakiki yang sukar untuk saya kongsi kerana melibatkan emosi (-_-)

Berbalik pada matlamat asal saya untuk entry kali ini adalah berkenaan temuduga PTD M41 saya yang kedua.

Kali ini, saya mengulang kaji mengenai pentadbiran, dasar dan isu semasa Malaysia. Antaranya

  1. Parlimen
  2. Dewan Negara
  3. Dewan Rakyat
  4. Jabatan Perdana Menteri
  5. Integriti
  6. Panama Papers
  7. Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN11)
  8. United Nation
  9. Asean
  10. Kementerian yang mengunakan dasar Sustainability
  11. Bidang Kuasa kerajaan persekutuan dan Negeri
  12. Duta & Pesuruhjaya Tinggi
  13. TPPA
  14. 8 Bidang Utama PTD

Aku berharap agar setiap soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik. Insyallah. Berjaya atau tidak nanti akan saya kongsikan. jika berjaya akan saya kongsi rahsia kejayaan. insyallah.

2 comments:

  1. Best Video Slots on the Net (2017) - Videoodl.cc
    ‎Funny Slots on the net · download youtube videos ‎Best Video Slots · ‎Video Poker Videos · ‎Casino Videos · ‎Casino Video Poker

    ReplyDelete